
Assalamualaikum wr wb
Dimurahkan rezeki
Pernahkah anda semua berharap agar sentiasa dimurahkan rezeki dan mempunyai perjalanan hidup yang sentiasa lancar?
Maksud saya keadaan hidup yang jarang sekali melalui keadaan-keadaan seperti kesempitan uang, penyakit dan ditimpa musibah. Hidup yang sentiasa tenang dan jarang sekali untuk pening kepala dalam memikirkan masalah yang menimpa hidup.
Memang, tiada manusia yang tidak pernah terlepas dari masalah hidup. Dan tidak semua manusia dikaruniakan rezeki yang sama oleh Allah SWT.
Namun kita semua boleh memohon dimurahkan rezeki dan dipermudahkan hidup kepada Allah. Bagaimana caranya?
Salah satu caranya ialah dengan, MENGHORMATI & MENGASIHI Ibu & BAPA
Ya, keramat bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa. Kerana ia adalah jalan paling mudah untuk dimurahkan rezeki masih terbuka luas.
Kisah Dimurahkan Rezeki #1
Saya ada mengenali seorang sahabat sejak dari kecil lagi. Kami berkawan sampai sekarang. Salah satu perkara yang saya perhatikan pada sahabat saya ini adalah rezekinya sentiasa murah dan perjalanan hidupnya sentiasa lancar.
Bagaimana dia dimurahkan rezeki?
Setiap kali ada permasalahan besar dia selalu tenang dan jarang sekali mengalami masalah uang. Pernah, uangnya kehabisan pada bulan tersebut kerana terpaksa membeli buku-buku untuk pengajian.
Namun, dengan takdir Allah, dia mendapat offer untuk membuat kerja sambilan (menjadi jurugambar) sehingga bisa bertahan kehidupannya sampai akhir bulan.
Bukan sekali, tapi banyak kali setiap kali dia kesempitan uang. Alhamdulillah, bantuan Allah sentiasa datang kepadanya.
Rahsianya adalah dia sangat menghormati ibu dan bapanya – dia memang anak tidak pernah melawan kata-kata orang tua . Selalu mengikut saja apa kata orang tua .
Dia tidak pernah melawan kepada ibu bapa, tidak pernah meninggikan suara. Jika dipanggil dari jauh sekalipun, dia akan mendekat kepada ibu bapanya dan berbicara dalam nada yang lembut dan sopan.
Satu perkara yang amat menarik bila dia merasa marah kepada ibu bapanya, dia akan terus mengunci mulut dan masuk ke dalam kamar , kerana khawatir mulutnya akan mengeluarkan omongan yang mungkin menyakitkan hati ibu dan bapanya.
Oleh karena itu, saya melihat ini sebagai hikmah yang Allah berikan kepada sahabat saya itu kerana sangat menjaga hati ibu bapa.
Kisah Dimurahkan Rezeki #2
Ada satu lagi kisah yang suka untuk saya bagikan mengenai hikmah menjaga hati ibu bapa.
Kisah ini berlaku kepada kenalan perempuan saya, dimana dia telah memutuskan percintaannya dengan seorang lelaki kerana arahan ibu bapa yang ingin menjodohkan dia dengan pilihan mereka.
Dia tidak menentang, malah menurut segala permintaan keluarga kerana ingin menjaga perasaan dan hati ibu bapa.
Ringkasnya cerita, selepas dia nikah, Allah telah melimpahkan dia dengan berbagai kemudahan dan kesenangan. kerana cemerlang dalam menghadapi permasalahan , keluarga dilimpahkan kesenangan dan paling menarik sekali adalah Allah memudahkan urusan bersalin beliau tanpa waktu yang lama dan komplikasi yang lain.
Penutup
Mengapa ini boleh terjadi?
Kita perlu ingat bahawa antara doa yang dimakbulkan oleh Allah adalah doa daripada kedua ibu bapa kita. InsyaAllah jika kita sentiasa menjaga dan membuat hati mereka gembira, maka mereka akan ridha kepada kita. Pasti mereka akan mendo'akan kebaikan kepada kita dan itu pastinya akan dimakbulkan oleh Allah.
Ibnu ‘Umar menegaskan bahawa,
“Tangisan kedua-dua ibu bapa termasuk kedurhakaan yang besar”
[Hadis riwayat Bukhari, Adabul Mufrad halaman 31. Lihat Silsilah al-Ahadists ash-Shohihah karya Al Imam Al Albani, 2.898]
Sekarang kita dapat ketahui bersama kepentingan dan kelebihan menjaga hati ibu bapa. Coba kita ingat kembali, betapa kita sering membuat ibu bapa marah dan menangis.
Betapa sering kita menolak perintah dan permintaan mereka?
Memang tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam beribadah kepada Allah, tetapi bagaimana sikap kita menolak juga mestilah dengan cara yang baik.
Segeralah kita meminta maaf pada ibu bapa kerana ridha Allah bergantung kepada mereka.
Tag :
Motivasi Muslim
0 Komentar untuk "Bagaimana Dimurahkan Rezeki Dan Dilancarkan Perjalanan Hidup "