Kewajiban Berwasiat Dan Bertaubat Sebelum Tidur



Assalamualaikum wr wb
Imam Ghazali menyatakan ; bahwa doa kebanyakan para nabi a.s, ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud) :

“ Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang telah aku bertaubat, tetapi setelah itu aku melakukannya kembali. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan”

“Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadah untuk-Mu, tetapi tiba – tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu”

“Aku memohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu”

“Wahai Tuhan yang Maha Mengatahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut”

Demikianlah doa dan istigfar para nabi semenjak daripada Nabi Adam hingga ke Nabi akhir zaman, telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya. Untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi

Kini akan membincangkan mengenai adab tidur. Meskipun tidur itu sebagai perkara tabi’i kebiasaan bagi manusia, sebagaimana makan minum dan naluri lain seumpamanya.

Semua tuntutan naluri tabi’i dan segala gerak gerik itu, boleh dijadikan sumber pahala untuk bekalan akhirat.

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari

Islam mengajar manusia sama ada perkar yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan menjadi bekalan hidup diakhirat

Tidur setelah didahului rasa mengantuk karunia Tuhan, akan menjadikan tubuh sehat dan cerdas . Di Akhirat ada himbauan bagi manusia itu.

Justru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi sesuatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab pertama, ialah bersihkan mulut dengn bersiwak (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.

Islam bukan saja menyuruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca Al – Quran saja, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahwa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.

Oleh karena itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiri pun tidak tahu masih adakah umurnya selepas tidur.

Setelah bersuci dan berwuduk mereka bersiap menyediakan air ( khusus untuk tempat yang sukar mendapat air ) untuk bersuci dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.

Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperlauan bersuci dan berwuduk sebagai sunnah Nabi SAW

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadah solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.

Kalau tidur berniat begini akan dipermudahkan oleh Allah SWT untuk bangun dihujung malam. Kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa beringat – ingat akan niatnya.

Adab tidur yang seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.

Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggung jawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.

Jika orang yang berhutang itu meninggal dunia menyebabkan ruhnya tersiksa, tidak dapat ke mana – mana dan tidak dapat menikmati fadhilah syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadhilah itu.

Orang yang mempunyai keyakinan tentang bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur

Hendaklah sedar bahwa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati , berbanding peluang untuk terus hidup.

Ini kerana apabila seseorang tidur ruhnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mangalir dan nafas keluar masuk.

Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Justeru itu dalam keadaan tidak sedar kerana ruh naik keatas seperti benar – benar telah mati.

Adab seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya.
Tag : Bab Fiqih
0 Komentar untuk "Kewajiban Berwasiat Dan Bertaubat Sebelum Tidur "

Back To Top