Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan :Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu



Assalamualaikum wr wb
melepaskan untuk mencapai kebahagiaan *

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi.

Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita.

Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayang seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki.

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali kita pikirkan .

Kenapa tidak dilepaskan kalau memang kita sudah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita tidak biarkan dia pergi ?

Tapi hari-hari yang berlalu buat kita makin faham kenapa semuanya berharga .

Andai dia tak merasa bahagia dengan kita, andai kita tidak mampu membahagiakan dia, kenapa kita terus siksa perasaan dia ? Kenapa dibiarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tidak semua orang kuat untuk menerima semua itu.

Tidak semua orang mampu mengikhlaskan hati.

Coba berpikir “Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, ? Kenapa masih terus fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab.

Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum ridha.

“Ridha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita ridha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak disangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk ridha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti (:

Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apalagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun.

Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun rintangan menghalangi

Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.

Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mulai memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka.

Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari.

Tapi apabila?

Apabila kita terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu.

Apabila berharap dia akan kembali seperti dulu. Apabila terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mau. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak ridhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

Move on. Ubah cara hidup kita.

Kalau selama ini kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah.

Luapkan waktu segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita.

Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luapkan pada orang lain. Allah tidak pernah tinggalkan kita.

Hanya kita yang alpa dan terluka.

“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirinkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian."

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

"Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR Thabrani dari Abu Umamah)”

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang dia berikan.

Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri)"

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh.

Hanya perlu yakin.

Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesalahan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya"

Kenapa? Kerana Dia sayang kita. Janganlah sesekali kita menjauhi 'Dia.”

Jadi, seperti apa ? boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya.

Sudah ridha? Atau masih terpaksa?

Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan (:

Penutup: Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

“Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita."__

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya. Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya. Tidak akan pernah jadi milik kita.

Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik saja.

Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah.

Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.
0 Komentar untuk "Perkara Terbaik Untuk Mencapai Kebahagiaan :Jangan Takut Lepaskan Dia Pergi & Ikhlaskan Perpisahan Itu "

Back To Top